Tempat :Dewan Seri Semasa
Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman telah terpilih menyertai Pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Kebangsaan. Sehubungan dengan itu Jawatankuasa SLAAS dan seluruh warga SMK Seri Aman mengadakan pelbagai aktiviti dalam menjayakan program ini bagi menyebarkan pelbagai maklumat berkaitan dengan alam sekitar.
Pada program tersebut semua ahli KASSA dan semua pelajar SMKSA telah mengikuti ceramah alam sekitar telah disampaikan oleh En. Mohd Nasir bin Ali,Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.Ceramah bertajuk Peranan Pelajar dalam Menjaga Alam Sekitar.
Pelancaran SLAAS SMK Seri Aman pula telah disempurnakan oleh Cik Suzlin binti Tajudin,Pegawai Jabatan Alam Sekitar dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan