Jumaat, 15 Julai 2011

Pelancaran SLAAS,Ceramah dan Pameran Alam Sekitar.

Tarikh :15 Julai 2011, Jumaat
Tempat :Dewan Seri Semasa

     Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman telah terpilih menyertai Pertandingan Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Peringkat Kebangsaan. Sehubungan dengan itu Jawatankuasa SLAAS dan seluruh warga SMK Seri Aman mengadakan pelbagai aktiviti dalam menjayakan program ini bagi menyebarkan pelbagai maklumat berkaitan dengan alam sekitar.
    Pada program tersebut semua ahli KASSA dan semua pelajar SMKSA telah mengikuti ceramah alam sekitar telah disampaikan oleh En. Mohd Nasir bin Ali,Pegawai Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.Ceramah bertajuk Peranan Pelajar dalam Menjaga Alam Sekitar.
    Pelancaran SLAAS SMK Seri Aman pula telah disempurnakan oleh Cik Suzlin binti Tajudin,Pegawai Jabatan Alam Sekitar dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor.
Pegawai JAS Negeri Johor, Cik Suzlin Tajudin menanam pokok cempaka telur di Taman   Seri Haruman sempena Pelancaran SLAAS SMK Seri Aman 2011/2012
             
Pameran Lestari oleh Unit Pendidikan Khas
Bahan Pameran JAS

Hasil Kerja Kelab Alam Sekitar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan