Siri 2 : 01 Oktober 2011
Pendahuluan
Setiap sekolah bertanggungjawaab melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual melalui kegiatan dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum. Sehubungan dengan itu, pendedahan dalam pelbagai bidang yang diberikan kepada pelajar secara langsung atau tidak langsung akan membentuk sahsiah dan nilai-nilai murni mereka.
Ekspedisi mendaki Gunung Panti ini adalah salah satu usaha alternatif untuk menambah pengalaman dan memperkayakan ilmu pengetahuan pelajar khususnya dalam menghargai dan menghayati alam sekitar yang bersih dan nyaman. Dalam program ini, peserta diberi peluang menggunakan kreativiti dan kekuatan fizikal serta berkerjasama dalam kumpulan untuk mendaki hingga ke puncak. Peserta-peserta juga ditanamkan dengan semangat cintakan alam sekitar dengan melakukan kerja amal berupa membersihkan kawasan laluan mendaki dari sampah sarap. Semoga program yang singkat ini akan medidik dan melahirkan pelajar yang sentiasa menghargai, peka dan berusaha penuh gigih menjaga dan memulihara alam semesta anugerah Allah S.W.T.
Matlamat
Melahirkan warga SMKSA yang sihat tubuh badan, bersemangat dan berdaya saing, ketahanan mental yang tinggi, kawalan emosi yang baik, kepekaan terhadap alam sekitar, budaya penyayang dan nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan pengisian Wawasan 2020.
Objektif
3.1 Menjadi insan yang berketrampilan dalam merancang,
mengurus dan mengelola aktiviti-aktiviti dalam bidang perkhemahan, pengembaraan, ikhtiar hidup dan kajian alam semula jadi
3.2 Membina keyakinan diri untuk menghadapi cabaran, bertanggungjawab terhadap tugas dan mempunyai ciri-ciri kepemimpinan
3.3 Menunjukkan kepekaan dan keperihatinan terhadap
keindahan dan kekayaan alam semula jadi termasuk isu
dan masalah alam sekitar
3.4 Menyedari kepentingan kecergasan fizikal di dalam menjalankan aktiviti
Perlaksanaan
Rekreasi serta Panitia PSK
4.2 Tarikh : Siri 2: 1 OKTOBER 2011 (Sabtu)
4.3 Tempat : Gunung Panti, Kota Tinggi
4.4 Penyertaan :
Guru Penasihat : 2 orang
Guru Pengiring : 4 orang
Peserta Siri 2 : 72 orang (32L dan 40P)
JUMLAH : 78 orang
Penutup
Kami akan menggunakan masa ekspedisi ini sebaik-baiknya untuk menimba pengalaman, pengetahuan dan kemahiran bagi kegunaan pembelajaran dan masa depan. Keselamatan setiap ahli sentiasa menjadi keutamaan sepanjang tempoh lawatan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan